Oleh Faizatul Farhana Farush Khan
bhnews@bharian.com.my
Sikap individualistik, kahwin lewat jejas kadar kesuburan
MEMBIMBANGKAN! Itu perkataan paling sesuai bagi menggambarkan keadaan kadar kesuburan penduduk di negara ini yang dilihat menurun kepada 2.2 anak bagi setiap pasangan pada 2010, berbanding tiga anak pada 2000, ekoran trend perancangan keluarga yang semakin banyak diamalkan suami isteri.

Trend yang disifatkan ‘tabiat’ kebanyakan pasangan pada masa kini itu, bukan saja mampu menjejaskan tahap populasi di Malaysia pada masa depan, tetapi lebih dikhuatiri, ia bakal mewujudkan sebuah ‘negara warga emas’ dalam tempoh beberapa tahun.
Setiausaha Agung Kehormat Persekutuan Persatuan Kesihatan Perancangan Keluarga Malaysia (FFRHAM), Dr Kamaruzaman Ali, berkata trend perancangan keluarga berkenaan wujud kerana kemajuan dikecapi negara akibat peredaran zaman, menyebabkan aspek sosio ekonomi diberi tumpuan utama.
Katanya, kemajuan itu mengakibatkan kos perbelanjaan bagi kehidupan, pendidikan dan kesihatan di negara ini semakin meningkat, sekali gus menggalakkan seseorang mengutamakan soal mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu, berbanding membina sebuah keluarga.
“Bagi membina ekonomi dengan gaji yang baik, anda memerlukan kerjaya yang bagus dan untuk mendapatkannya, anda harus mempunyai pendidikan tinggi iaitu sekurang-kurangnya ijazah untuk zaman ini.
“Jadi, tempoh yang anda ambil untuk menyambung pengajian, mencari kerja yang bagus serta mengukuhkan ekonomi secara automatik menyebabkan usia semakin meningkat dan mengakibatkan anda berkahwin lewat.
“Sesetengah individu pula, selepas berkahwin, mereka hanya bersedia memperoleh seorang atau dua orang anak bagi mengelakkan bebanan kos kehidupan, pendidikan dan kesihatan diri, pasangan serta anak,” katanya kepada RATU, baru-baru ini.
Kamaruzaman berkata, keadaan kadar kesuburan penduduk yang semakin rendah ini bukan saja berlaku di Malaysia, tetapi di mana-mana negara membangun dan maju di seluruh dunia.
“Situasi ini akan menyebabkan negara memiliki lebih ramai warga emas pada masa depan, jadi untuk berdepan dengan keadaan berkenaan, kerajaan perlu mewujudkan dasar terbaik kepada golongan ini bagi memastikan mereka dapat memberi sumbangan bernilai.
“Warga emas adalah golongan yang memiliki cukup banyak pandangan berguna, pengalaman berharga dan nilai murni bagi membantu perkembangan kemajuan negara.
“Bagaimanapun, apa yang lebih penting, kita perlu menitikberatkan soal penjagaan warga emas ini seperti kesihatan dan keperluan mereka," katanya yang juga Pengerusi Serantau Asia Tenggara Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa (IPPF).
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, baru-baru ini bahawa statistik Kadar Fertiliti Total yang direkodkan LPPKN menunjukkan, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki dan perempuan masing-masing meningkat daripada 25.5 dan 22 tahun pada 1970 kepada 28 dan 25.7 tahun pada 2010.
Bilangan penduduk wanita yang masih belum berkahwin dalam kategori umur antara 25 hingga 29 tahun meningkat sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada 13 peratus kepada 38 peratus dan bagi lelaki, ia bertambah daripada 32 peratus kepada 53 peratus.
Aminah berkata, antara punca utama masalah berkenaan adalah sikap wanita dan lelaki itu sendiri yang lebih mengutamakan kerjaya sehingga melangkaui daripada lingkungan umur sesuai berkahwin. Pada masa sama, golongan ini turut mengamalkan trend tidak mahu berkahwin kerana lebih berminat kepada gaya hidup bebas tanpa sebarang ikatan.
Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula mengalami kesukaran mencari pasangan setaraf dan sesuai dengan mereka kerana bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin berkurangan.
Mengulas lanjut, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berpendapat trend perancangan keluarga berlaku kerana majoriti pasangan pada zaman ini, lebih bersifat individualistik dalam membuat keputusan berhubung soal memiliki anak, iaitu mengutamakan kemahuan, keperluan dan kepentingan diri.
Katanya, pasangan bersifat individualistik ini mengetahui apa yang mereka mahu, mengetahui hak diri, sedar implikasi ke atas sesuatu keputusan diambil dan terlalu bijak untuk membuat analisis secara kritikal.
“Mereka sedar dalam perkembangan negara semakin maju, aspek sosio ekonomi memainkan peranan cukup besar dalam menjamin keselesaan sesebuah keluarga.
“Jadi dengan ini, mereka akan mengukuhkan punca kepada kekukuhan ekonomi terlebih dulu iaitu pendidikan serta kerjaya sebelum bersedia memikul tanggungjawab berkahwin, menjadi ibu dan bapa atau menambah bilangan anak.
“Kekangan ekonomi ini membuatkan ramai individu berkahwin pada usia lewat yang merendahkan kadar kesuburan mereka atau mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan bebanan perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat kini,” katanya.
INFO
Punca utama mengakibatkan kewujudan trend perancangan keluarga

- Individu berkahwin pada usia lewat ekoran lebih menumpukan perhatian kepada aspek mengukuhkan ekonomi, taraf pendidikan dan kerjaya sebelum bersedia membina keluarga
- Peningkatan kos sara hidup akibat kemajuan dikecapi negara, menyebabkan pasangan tidak bersedia memiliki anak ramai bagi mengelakkan bebanan perbelanjaan keluarga
- Sukar menemui pasangan setaraf dan sesuai terutamanya bagi wanita
- Trend segelintir individu yang ingin hidup bebas dan tidak mahu terikat dengan perkahwinan
- Kurang kesedaran berhubung kesan negatif jangka masa panjang kepada keluarga, masyarakat dan negara yang menyebabkan mereka tidak berkahwin lebih awal.
No comments:
Post a Comment